APA ITU 3R?!!!
3R ialah Recyle, Reduce dan Reuse adalah cara yang terbaik dalam menangani sampah dengan pelbagai masalah. Penerapan sistem 3R atau reuse, reduce, dan recycle menjadi salah satu solusi pengelolaan sampah di samping mengolah sampah menjadi kompos atau meanfaatkan sampah menjadi sumber listrik (PLTSa; Pembangkit Listrik Tenaga Sampah). Justru pengelolaan sampah dengan sistem 3R (Reuse Reduce Recycle) dapat dilaksanakan oleh setiap orang dalam kegiatan sehari-hari.
Recycle = mengolah kembali sampah menjadi barang atau produk baru yang bermanfaat
Reduce = mengurangi segala sesuatu yang mengakibatkan sampah
Reuse = menggunakan kembali sampah yang masih dapat digunakan untuk fungsi yang sama ataupun fungsi lainnya
Sebenarnya terdapat banyak lagi bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Semuanya bergantung kepada kreativiti diri kita sendiri untuk mengolah barang tersebut menjadi sesuatu barang yang baru.
Kosmo Online telah mengeluarkan artiket tentang pengiktirafan hotel hijau di Ayer Keroh, Melaka, iaitu Philea Resort and Spa.
BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA
Terdapat pelbagai bahan yang boleh dikitar semula. Contohnya,
KERTAS
- Surat khabar
- Majalah
- Buku tulis
- Kotak
- Pinggan polisterine
- Cawan polisterine
KACA
- Botol kaca
- Kaca
- Cermin
- Tingkap
PLASTIK
- Botol plastik
- Tong air
- Penyangkut baju plastik
- Sudu dan garfu plastik
- Beg plastik
CONTOH AKTIVITI KITAR SEMULA
Jika kuantiti barang kitar semula ini banyak mungkin anda ringan tulang untuk menjualnya di tempat pengumpulan bahan terbuang, dapat juga sedikit wang. Tapi jika kuantitinya sedikit... Tunggu dipungut lori sampah lah jawabnya. Satu kerugian yang amat besar... Jom kita buat aktiviti menarik dan berbaloi dengan kreativiti kitar semula..
![]() |
Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan yang sangat cantik dan menarik. |
![]() |
Lihatlah betapa menarik dan comelnya bekas hiasan ini. Jika tidak di belek dengan teliti, pasti tiada siapa yang tahu ianya dihasilkan dari botol plastik terbuang |
![]() |
Hasil seni hiasan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan dengan hanya menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai. Dengan bermodalkan kurang dari RM10...kini menjadi hiasan yang mungkin bernilai puluhan RM nilainya. |
![]() |
Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk si kecil anda. Jangan kata anak anda, anda sendiri pun pasti terpikat! |
![]() |
Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga. Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini...Menarik bukan! |
![]() |
Satu idea kreatif untuk bungkusan cup cake yang menarik! Sungguh mudah membuatnya, sesuai untuk ole-ole tetamu anda. |
BERITA
Kerajaan juga menggalakkan program kitar semula ini. Program kitar semula ini juga telah dilaksanakan di merata-rata tempat. Lihatlah berita tentang kitar semula di bawah.
![]() |
Philea Resort and Spa |
![]() |
Bangkai kapal terpakai turut diubah suai menjadi perabot bagi merealisasikan konsep kitar semula. |
![]() |
Penggunaan kayu sebagai bahan utama |
![]() |
Kehijauan pokok-pokok memberi rasa damai kepada pengunjung ke Philea Resort & Spa.
|
"Ia merupakan satu kebanggaan kepada penduduk di Melaka dan Malaysia, amnya. Sebelum ini kami pernah memenangi anugerah Best Green Resort daripada Persatuan Pelancongan Melaka dan Excellent Award for Landscape Design and Planning daripada Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM),” kata Pengarah Komunikasi dan Permasarannya, Connie Chin.
PERTANDINGAN KITAR SEMULA
![]() |
Kamalanathan (belakang, kanan) bersama murid-murid SK Taman Tun Dr Ismail meraikan pelancaran Paddle Pop Young Builders Award 2016. |
Kuala Lumpur - Program Paddle Pop Young Builders Award kembali lagi!
Dan pada tahun ini ia memasuki musim keempat yang dilancarkan baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr Ismail 1 oleh Timbalan Menteri I, Kementerian
Pendidikan, Datuk P Kamalanathan.
Pada majlis pelancaran itu, Kamalanathan mengumumkan tema bagi Paddle Pop Young Builders Award 2016: Atlantos: Membaik Pulih Kota Harapan Atlantos. “Mencari cara yang baharu dan menyeronokkan untuk menarik perhatian kanak-kanak sambil menarik minat mereka mengenai alam sekitar adalah mencabar. Namun, terima kasih kepada Paddle Pop kerana melalui Paddle Pop Young Builders Award ini, murid-murid boleh bergembira dan berseronok sambil menghasilkan karya seni menggunakan kreativiti serta mencungkil bakat mereka."Lebih penting lagi, mereka dapat menghargai bagaimana barangan harian dan barangan yang biasa mereka buang boleh digunakan dengan cara yang menyeronokkan dan berguna, sekali gus mengurangkan pembaziran,” katanya.
Bermula tahun 2013, Paddle Pop Young Builders Award yang disokong oleh Kementerian Pendidikan, merupakan salah satu program peringkat kebangsaan yang dianjurkan bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan murid dengan membina karya seni 3D daripada bahan kitar semula, termasuk batang aiskrim. Pertandingan yang dilancarkan ini terbuka kepada semua sekolah rendah di Malaysia bagi murid tahun 4, 5 dan 6.
Sekolah digalakkan untuk menghantar lakaran mereka berdasarkan tema yang diberikan dan yang disenarai pendek akan diminta menghantar pasukan masing-masing ke pertandingan akhir, di mana mereka akan membina replika 3D berdasarkan lakaran guna bahan kitar semula. Pertandingan akhir akan berlangsung pada Jun nanti. Bagi memberi ilham kepada kanakkanak dan misi menyelamatkan alam sekitar, pihak Paddle Pop telah menyediakan video animasi pendek yang memaparkan kuasa jahat Shadow Master memusnahkan lautan dan daratan. Singa Paddle Pop dan rakannya memerlukan bantuan daripada kanak-kanak untuk membaik pulih Kota Harapan Atlantos dengan persekitaran yang lebih bersih dan lebih baik. Penyertaan perlu dihantar melalui emel kepada penganjur di yba@paddlepop.com.my sebelum 30 April 2016.
Lakaran mesti menggabungkan penggunaan batang aiskrim Paddle Pop, pembungkus Paddle Pop, surat khabar, kadbod dan botol plastik dalam binaan akhir untuk kelayakan.
Hanya 20 lakaran terbaik akan dipilih untuk menyertai peringkat akhir.
Sekolah digalakkan menghantar seberapa banyak penyertaan.
Program kitar semula sangat bagus dijalankan kerana kita dapat selamatkan dunia yang semakin terancam. Dan juga amalan 3R yang sederhana ini bisa memberikan impak yang signifikan bagi menangani sampah yang sering menjadi permasalahan di sekitar kita.
No comments:
Post a Comment